CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 13, 2009

topik prasekolah....

Kanak-kanak adalah murid yang aktif

Kanak-kanak merupakan seorang murid yang aktif. Pembelajaran mereka menjadi lebih baik apabila ia melibatkan penerokaan yang dilakukan oleh diri mereka sendiri.Oleh itu, aktiviti pembelajaran kanak-kanak mestilah melibatkan pengalaman, aktiviti dan bahan yang dirancang untuk kanak-kanak. Aktiviti pembelajaran perlu berkaitan dengan kandungan dan objektif serta sesuai dengan kehendak dan tahap kanak-kanak. Hal ini kerana mereka mempunyai daya tumpuan yang pendek. Guru perlulah melibatkan banyak pergerakan untuk menarik minat mereka terhadap pembelajaran. Sebaik-baiknya dalam setiap pembelajaran perlulah mengandungi pelbagai aktiviti seperti dalam gambar yang ditunjukkan seperti nyanyian, penggunaan motor halus dan sebagainya.

pemandangan di dalam kelas prasekolah

kanak-kanak melakukan aktiviti guntingan dan tampalan

kanak-kanak mampu melakukan pelbagai pergerakan seperti nyanyian atau lakonan

0 comments: